Pensijilan CoP MPOB ialah skim pensijilan yang diperkenalkan pada tahun 2009 khusus untuk industri sawit. Ia merangkumi elemen:
- Kualiti
- Keselamatan makanan
- Keselamatan & kesihatan pekerjaan
- Pemuliharaan alam sekitar
- Kemampanan
Skim ini menyediakan panduan praktikal bagi memastikan operasi industri berjalan lancar dan memenuhi keperluan minimum.
Tempoh sah pensijilan adalah 3 tahun dari tarikh kelulusan.
Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang melalui pautan:
👉 Apply now
Sekretariat CoP akan menghantar emel maklum balas bersama nombor rujukan premis (contoh: CoP/NN/XXXX) jika permohonan lengkap dan telah diproses.
Permohonan Pensijilan CoP akan ditolak jika tidak lengkap. Pihak sekretariat CoP akan memaklumkan melalui:
- Panggilan telefon
- Emel
Sijil CoP akan dihantar melalui kurier selepas pembayaran inbois yuran selesai dibuat.
Anggaran tempoh masa untuk mendapatkan sijil CoP adalah 6-7 bulan tertakluk kepada kesediaan dan maklum balas premis.
Buku manual CoP boleh dibeli di PalmShoppe Ibu Pejabat MPOB, Bangi.